Selamat Datang ke Halaman Inspirasi Naluri Ini

Mengenali Kawan Biasa atau Teman Istimewa

Assalamualaikum… Indahnya alam percintaan itu apabila ia digauli dengan pelbagai rasa emosi yang mengubah-ngubah rentak hati. Dalam edisi Bicara Cinta kali ini saya ingin menyingkap tentang tanggapan seseorang terhadap diri kita sama ada sebagai teman yang istimewa di hatinya atau sekadar kawan biasa. Dalam sebuah perhubungan yang terjalin, baik di pihak lelaki mahupun wanita akan mengharapkan sebuah ikatan yang teguh. Kalau boleh hubungan itu ingin diakhiri ke jijang pelamin. Pengharapan ini dibuat setelah timbulnya titik-titik keserasian, persefahaman dan lain-lain faktor yang akan menjurus pasangan itu ke arah gerbang perkahwinan.

Namun begitu, setiap titik keserasian dan persamaan ini barangkalitidak akan terlihat kalau sesebuah perhubungan itu baru terjalin. Malah jika terjalin sekalipun belum tentu akan terungkap atau diakui oleh hati "Ya, inilah dia insan yang aku cari untuk dijadikan pasangan sepanjang hayat". 

Tahukah anda bahawa ada sesetengah orang lebih suka berkawan tetapi tidak mahu mengakhirinya ke alam rumahtangga? Pernahkah terjadi setelah anda berkawan sebegitu lama dengannya dan si dia juga pernah meluahkan rasa sayangnya terhadap anda tetapi akhirnya anda dengar perkhabaran bahawa si dia telah berkahwin dengan orang lain. Bukankah anda yang menjadi teman setianya pada setiap ketika dan waktu dalam hidupnya selama ini? Apa perasaan anda? Kecewa, terluka, remuk hatiku atau lain-lain perkataan yang sinonim untuk menggambarkan perasaan yang anda alami itu. Memang mengecewakan kerana kepada si dialah anda menaruh harapan dan bergantung harap untuk hidup bersama setelah sekian lama mengenali hati budinya.

Jadi bagaimanakah untuk mengetahui bahawa anda hanyalah kawan biasa pada tanggapannya dan bukanlah seseorang yang istimewa di hatinya? Mungkin fakta-fakta di bawah boleh membantu kita mengenali reaksi sebenar yang terbuku di lubuk hati si dia agar perkara mengecewakan tidak berulang lagi.

1. Jarang sekali mengucapkan kata-kata rindu

Kebiasaannya, bagi mereka yang dilamun percintaan pasti akan merasakan tiada apa yang mampu menahan gelodak rindu dari muncul kecuali apabila mendengar atau menerima perkhabaran dari si dia. Sehari tidak menerima pesanan ringkas darinya jiwa jadi tidak keruan. Atau mungkin jika tidak mendengar suaranya umpama dunia gelap gelita. Perasaan rindu itu tidak tertahan dan kalau boleh setiap hari anda ingin bertemu dan berada di samping si dia.

Tetapi kalau si dia jarang atau tidak pernah walau sekali mengucapkan kata rindu, sayang dan cinta atau sebagainya; anda perlu sedar bahawa kehadiran anda di sisinya hanyalah sekadar kawan biasa sahaja. Perasaan tidak boleh ditipu dan kalau benar-benar rindu orang akan meluahkan rasa rindu itu dari lubuk hati kerana rindu itu bukanlah sekadar pengucapan manis yang lahir dari mulut semata-mata.

2. Tidak mengajak anda bertemu keluarga

Bagi sesebuah perhubungan yang serius biasanya akan diakhiri ke alam perkahwinan. Ada yang bertemu dalam jangkamasa yang singkat tetapi sudah mengajak anda bertemu dengan keluarganya agar ikatan yang terjalin itu terus diperkukuhkan. Tetapi kalau sudah lama anda menjalin hubungan dengannya namun tiada sebarang tanda dia si dia ingin membawa anda bertemu keluarganya atau mungkin pelbagai alasan diberikan apabila anda mula bicara tentang keluarga maka faham-faham sahajalah apa maksud yang tersirat di hatinya.

3. Sering memperkenalkan anda sebagai kawan baik

Istilah popular dewasa ini adalah "teman tapi mesra". Pernah atau tidak anda perhatikan si dia seringkali memperkenalkan anda sebagai kawan baiknya di hadapan rakan-rakannya yang lain. Dia jauh sekali mahu memperkenalkan anda sebagai teman istimewanya. Jika perkara ini berlaku, maka anda harus sedar bahawa si dia kurang berminat untuk mengakui anda sebagai kekasihnya.

Perihal ini berlainan sama sekali dengan mereka yang benar-benar dilamun cinta. Biasanya orang yang dilamun rasa cinta tidak akan teragak-agak untuk memperkenalkan insan istimewa di hatinya kepada khalayak umum.

4. Gurauan kasar

Kadangkala bukan sikap semulajadi seorang lelaki itu untuk berlagak kasar di hadapan wanita. Ini kerana mereka sering beranggapan bahawa wanita adalah insan yang lemah dan terlalu sensitif. Tetapi jika si dia sering bergurau dengan luahan kata-kata yang agak kasar dan sensitif, itu tandanya si dia hanya menganggap anda sebagai teman biasa sahaja.

Kawan seringkali tidak kisah dengan apa yang kawan perkatakan kerana mereka tiada sebarang ikatan istimewa. Tetapi jika anda adalah kekasih, nescaya si dia akan sedaya upaya menjaga perasaan dan hati anda daripada dilukai secara sengaja atau tidak.

5. Tidak kisah apa yang anda lakukan

Lazimnya wanita itu bersifat terlalu sensitif. Maka tidak hairanlah apabila lelaki bersikap kasar sedikit atau meluahkan kata-kata yang sensitif mereka akan cepat terasa hati. Anda mungkin pernah meminta pendapat dari pandangan si dia tentang baju yang anda pakai, pekerjaan yang anda buat dan lain-lain lagi namun jawapan yang diberikan hanyalah biasa-biasa sahaja.

Jawapannya langsung tidak meyakinkan. Jika ini yang berlaku maka eloklah anda berpendirian bahawa kehadiran anda di sisinya hanya sekadar kawan biasa dan bukanlah seorang teman yang istimewa.

Kesimpulan

Walau apa jua yang anda lakukan dalam mencari sebuah cinta, anda perlu waspada kerana apa juga tindakan yang anda lakukan anda yang bakal menerima akibatnya. Jangan melakukan perkara yang mungkin boleh memalukan diri anda sendiri. Anda perlu mengawal perasaan dan jangan terlalu mudah menyukai atau mencintai seseorang tanpa keyakinan dan sebab yang kukuh. Sekian.

p/s : Cinta adalah satu keindahan andai disulam kasih dan sayang. Rindu adalah satu kenikmatan, walaupun pahit pasrah kutelan.

Dari pena penulis,
Yusenze

27 comments:

ryeharoxy ♛ said...

betul jugak cakap awak kan? Kalau setakat kenal dekat FB, chating, comment hari2, skype-ing hari2 sekalipun, belum tentu dia suka kita walaupun dia layan kita baik sangat kan? macam mana nak tahu dia suka kita ke tak ek awak? kita dilemma la -.-''

Naluri Ini said...

@ ryearoxy hahha.. senang je nak jawab soalan ni.. cuma terbalikkan fakta kat atas tu.. so dapat la jawapan yang membelenggu awak tu.. ;)

ryeharoxy ♛ said...

Maksudnya? kita just kawan dengan dia dulu laa ea? tengok dia treat kita macam mana, then baru boleh conclude dia treat kita actually as his friend or more than that?

khaizarien said...

hurmm nice entry bro! :)

tbe2 teringat a[e yg terjadi. hrmmm rupenye kawan saje ekekeke

Cik Jannah said...

haa. so. nak lagi senang tanya je direct. hehe

hanaahmad said...

setuju! wah. kau kat luar nampak rock habis. tak sangka blog kau begini. hehe. :)

Naluri Ini said...

@ryearoxy Actually benda macam ni memerlukan kepekaan kita dalam menilai insan yang kita suka pada dasarnya. Apakah cinta yang ingin kita berikan pada si dia itu akan berbalas atau sebaliknya. Jadi kita sepatutnya mengambil masa untuk lebih mengenali isi hati si dia dengan lebih mendalam lagi :)

Naluri Ini said...

@Khai, kenangan itu suatu perkara yang boleh dijadikan panduan untuk kita menjadi lebih matang dalam mencari erti cinta yang sebenar :)

Naluri Ini said...

@Cik Jannah, Kalau tindakan berterus terang itu semudah yang diungkapkan maka cinta itu tidak mungkin berada dalam kelompok anugerah yang komlikated.. hahha.. :)

Naluri Ini said...

@Hana, Rock kental cuma kat luar je pon, dalam hati ada taman siapa yang tahu.. hahha..

blog-tips-kurus said...

..dan jangan terlalu mudah percaya 100%..

*kalau kita anggap kawan baik tapi dia nak > serius, camne??

Mario said...

no komen.. stended artis mmg jawab cmni kan...ekeke

Cik Jari said...

hati kata rindu,sayang dia...tapi mulut salu deny...bkn apa,sbgai langkah berjaga-jaga....takut andai perasaan yg diluah tak dihargai malah dipermain2kan lagi hati.....


hehe,tapi hakikatnya,takkan mampu menidakkan kata hati...yeah,wish me kawen tahun depan..aminnn

Kaio said...

sesuai la tips ni nak bagi orang yang syok sendiri paham. haha...!

www.kaio.my

hidayahjamal said...

cinta sebenar mmg susah dicari..kan

Chaon Cornerz said...

Rindunya... Bila kita nak keluar ramai2 lagi weh? bila kita nak p bercuti ramai2 weh? bila nak buat BBQ tepi pantai weh? bila? rindunya..

Buat apa nak rahsia2 kan perhubungan tue kan.

Naluri Ini said...

@Tipskurus kepercayaan 100% boleh diberi bila kedua hati sudah saling mempercayai antara 1 sama lain.

Naluri Ini said...

@mario Semoga berbahagia hingga menimang cucu weh.. hahha..

Naluri Ini said...

@CJ, take time.. perkara melibatkan soal hati x perlu tergesa-gesa dalam membuat sebarang keputusan.. ;)

Naluri Ini said...

@Kaio, syok sendiri kena elakkan, tapi jgn jadi secret admire yang x mampu nak luahkan perasaan.. hahha..

Naluri Ini said...

@Hidayah, mencari cinta sejati mmg sukar.. belajar untuk mencintai si dia seadanya juga amat sukar.. :)

Naluri Ini said...

@Chaon, hang la plan weh.. hahha..

Buat apa nak rahsia2.. nak jadi kasanova ke apa?? hahha..

Mat Pintu said...

betol!

rockcintan.blogspot.com

-✿Ayu✿- said...

bercinta belom ckop dgn hanya mengucapkan kata rindu dan syg... love is more than that!

Miss Purple Ungu said...

nice entry..dh jd doktor cinta ke skrg ;)

Naluri Ini said...

@-✿Ayu✿- Hahha.. betol la tu.. ni bingkisan je.. klu nak hurai lagi panjang.. ;)

Naluri Ini said...

@Miss Purple Ungu
Dah lama dah jadi.. cuma org je x perasan.. wakkakap..